Buku

Setelah Hadirku

Penulis: Jemat Gani

ISBN: 9789674303822

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kumpulan puisi ini menghimpunkan 80 buah puisi yang teralir daripada dunia kreatif Jemat Gani.

Apabila menikmati puisi-puisi dalam kumpulan ini, ternyata kita akan mendapati betapa dekatnya diri penyair dengan dunia keguruannya. Keikhlasan penyair mengalirkan sungai ilmu kepada anak bangsanya terserlah dalam kebanyakan sajak yang terhimpun dalam kumpulan ini.

Selain daripada itu, cinta penyair akan keamanan sejagat, rasa rendah diri seorang hamba kepada pencipta-Nya, dan nilai persahabatan yang tidak dibatasi oleh garis geografi juga turut dialirkan oleh penyair dalam beberapa buah sajaknya.

Keistimewaan sajak-sajak yang terdapat dalam kumpulan ini banyak tertumpu pada tema dan persoalan yang disampaikan penyair dengan menggunakan diksi indah yang diambil daripada alam sekeliling.