ISBN: 9789674303921
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)
Kategori: Sastera, Drama Pentas
Kumpulan skrip drama pentas ini menghimpunkan tiga skrip drama pentas. “Cendera di ujung Nara” mengetengahkan sola pemerintahan kuku besi oleh pemimpin yang mengabaikan agama. Wanita dalam skrip ini ialah simbol masyarakat marhaen yang ditindas golongan atasan. Selain itu, skrip ini menampilkan perjuangan kelompok tertindas menghapuskan kezaliman. “Bangsawan Malim Sulaiman” pula memanfaatkan semangat zaman kegemilangan bangsawan di Tanah Melayu yang membawa cerita-cerita rakyat ke pentas bangsawan . Skrip ini hadir dengan penggunaan bahasa klasik yang berkesan untuk memperkukuh elemen kebangsawanan. “Sesakti Naik Saksi” yang menjadi judul buku ini pula, berusaha membawa soal kepincangan pemerintahan pemimipin korup. Kecintaan pemimpin terhadap takhta, harta dan wanita menjadikan tanggungjawab terhadap rakyat terabai.
Kumpulan skrip drama pentas penulis muda ini dapat dikatakan memberikan sumbangan dalam jalur kesusasteraan Melayu khususnya dalam bidang penulisan skrip drama pentas.