Buku

Serondeng Nasi Pulut

Penulis: Jamilah Epin

ISBN: 9789674602550

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen Remaja: Serondeng Nasi Pulut karya anak jati Sarawak, Jamilah Epin memuatkan 12 buah cerpen menggabungkan pelbagai tema melalui fakta-fakta dan isu-isu semasa yang difiksyenkan seperti isu agama, kasih sayang, adat resam dan isu-isu kemanusiaan dan sosiobudaya masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak. Penggunaan bahasa yang mudah dan gaya penceritaan remaja yang segar dan berkesan melalui watak dalam kalangan masyarakat setempat selain struktur naratif yang menarik akan mendekatkan dan memudahkan untuk memahami latar budaya masyarakat Sarawak yang sebenarnya. Kumpulan Cerpen Remaja: Serondeng Nasi Pulut yang sarat dengan nilai kasih sayang, kemanusiaan serta kemasyarakatan akan memberikan modal yang baik kepada pembacanya. Hayatilah.