Buku

Semulia Hatimu

Penulis: Ismail Supandi

ISBN: 9789674605506

Tahun Terbit: 2017

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kumpulan Cerpen Remaja: Semulia Hatimu mengumpulkan 14 karya Ismail Supandi. Setiap karya menyemai nilai budi dan cinta murni sesama manusia dan juga makhluk lain selain tema kasih sayang bertujuan untuk memupuk kesedaran bahawa setiap apa-apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Isu kecelaruan hati remaja dan perlunya pengorbanan demi mencapai kejayaan juga diselitkan dalam kumpulan cerpen ini. Pengalaman penulis dikisahkan dalam cerpen-cerpen yang ditulis secara jujur melalui kerjayanya sebagai pendidik untuk memberikan teladan kepada pembaca.

“Semulia Hatimu” ialah perkisahan tentang kemuliaan dan kejujuran seorang anak muda yang masih bersekolah. Hidup dalam himpitan kesukaran tetapi terasuh dengan nilai budi dan kejujuran yang tinggi. Sanggup berjualan kuih kerana membantu ibu yang menyara dua beradik. Walaupun hidup serba kemiskinan tetapi Amin tidak dididik untuk meminta-minta. Sikap jujur dan ikhlas yang sebati dalam dirinya akhirnya menyedarkan dan menundukkan keegoan orang lain terhadapnya.