Buku

Sempadan Rindu

Penulis: Abdullah Awang

ISBN: 9789674601805

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Wahai para pencari mata air,

teruskan menggali perigimu di dataran itu,
kemilau sinar ilmu menyerlah ke muka bumi ini,
gemerlapan kemabukan cinta abadi lagi suci,
engkau semakin lebur realiti,
hilang jasad ke dalam Nur Ilahi,
hilang karat pada cermin hati,
hilang raga dalam makrifat sejati,
hilang bahasa atas serlahan Rabbi