Buku

Selipar

Penulis: Alias Ismail

ISBN: 9789674305727

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen Remaja

Beli Dalam Talian:

Ada sesuatu yang unik terkandung dalam buku ini! Masakan tidak, daripada persoalan hidup mati Hang Tuah pada zaman kerajaan Melayu Melaka hinggalah kepada sekecil-kecil isu yang letaknya di tapak kaki, semuanya diangkat oleh penulis menjadi karya yang dapat mengetuk pintu akal pembaca untuk turut berdiskusi dalam minda mereka tentang fantasi yang ingin direalisasikan, tentang mimpi yang cuba dijelmakan.

Dalam keghairahan penulis menawarkan ruang perbahasan intelek terhadap cerpen-cerpen yang dipersembahkan dalam buku ini, penulis tidak lupa menitipkan bunga-bunga kesetiaan, pengorbanan dan keimanan tanpa perlu menelanjangkan segala kemungkaran yang nyata dengan lebih luas.

Hanya membacanya dapat menjiwai cetusan persepsi baharu yang langka!