Buku

Selendang Sukma

Penulis: Isa kamari

ISBN: 9789674304089

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 35.00 / 40.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

“Benar, mas. Seharusnya kita menjaga cinta kita kepada Tuhan dengan menjaga cinta kita sesama manusia dan

alam kehidupan,” ujarnya lembut sambil tersenyum.

Aku tertegun dengan penerangannya. Pengetahuannya tentang Islam lebih banyak daripadaku.

‘Adakah kerana selama ini, dia telah terbiasa menghayatinya secara halus dan mendalam melalui agama Hindu yang dianutinya?’ tanyaku dalam hati.

“Seakan ada beberapa titik persamaan antara dua agama ini, biarpun zahirnya berbeza, bukan?” tanyaku spontan. Dewi tersenyum.

Tahi lalat di sebelah kiri bibir menambahkan keayuan wajahnya.

“Apa pandangan Mas Ilham sendiri?” tanyanya pula.