Buku

Sejiwa * One Soul * Une Seule Ame

Penulis: Teo Wei Sing

ISBN: 9789674601676

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Kumpulan puisi tribahasa ini merangkumi 10 buah sajak pilihan penulis, Teo Wei Sing, yang berkarya dalam Bahasa Melayu, kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, seterusnya Bahasa Perancis atas usaha murni Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM). Sajak-sajak ini dipilih bersempena dengan persembahan deklamasi sajaknya dalam acara persembahan budaya Olimpiade Karya Tulis Inovatif (OKTI) 2015 bertempat di ibu pejabat UNESCO, Paris.

Di samping itu, karya-karya terjemahan ini turut akan dimasyhurkan dalam acara D’arts Malaisiens atau Festival Seni Malaysia di Lyon, Perancis. Karya dalam kumpulan puisi ini secara langsung mewakili kekayaan seni, budaya dan tradisi puisi moden Melayu yang seharusnya dimartabatkan ke seluruh dunia. Ikatan bait-bait puisi yang utuh, diksi yang sarat bermakna, lafazan nada dan jeda yang seiring, dengan lantang deklamasi seorang deklamator di pentas dunia, pastinya amat dinanti-nantikan demi menggegarkan telinga serta membuka mata para perwakilan dunia di UNESCO nanti. Puisi yang dipilih tidaklah begitu bersifat peribadi malah menonjolkan keharmonian masyarakat Malaysia, kesetiaan kepada raja dan negara serta tema kemanusiaan yang agak sukar dirungkaikan melalui jutaan kata atau istilah.