Buku

Seharum Doa Bonda

Penulis: Nor Mazzuin Manaf

ISBN: 9789674306571

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Sakinah seorang remaja yang berjiwa kental dan amat meminati bidang penulisan. Lantaran itu, berbekalkan minat yang mekar serta bakat yang dianugerahkan Ilahi, setiap peristiwa yang berlaku di sekelilingnya diolah menjadi nukilan rasa berbentuk karya, termasuklah kisah ibunya sendiri yang berjuang melawan kesakitan akibat penyakit kanser tulang di bahagian tengkuk.

Namun, pada saat ibunya bertarung nyawa, harapan Sakinah untuk melihat cerpen yang didedikasikan untuk ibu tercinta diterbitkan dalam majalah sekolah tiba-tiba “lenyap” begitu sahaja! Apakah konspirasi yang berlaku ke atas cerpennya itu tatkala Sakinah berdepan dengan ujian yang maha hebat?

Novel Seharum Doa Bonda ini diadaptasi daripada kisah benar yang berlaku kepada kakak penulis sendiri, iaitu Allahyarhamah Norliza Hassan yang berjuang melawan penyakit kanser tulang. Semoga rohnya sentiasa dirahmati Allah. Al-Fatihah.