Buku

Secangkir Seduhan Hujan

Penulis: Hani Salwah Yaakup

ISBN: 9789670798967

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Seniman banyak menghasilkan karya hebat disebabkan hujan. Hujan tanpa gagal selalu mengilhami banyak sekali pemain, karyawan malah penyair dalam memilin syahdu, sendu, sedu, gembira, dingin dan keindahan hujan dalam karya mereka.

Secangkir seduhan hujan ialah hasil setahun penulis mengembara ke tanah asing, kopi yang bercangkir-cangkir dan hujan yang sering datang pada musimnya mahupun setelah berkali-kali merayu berulang-ulang. Musim-musim membasah di tanah air selalu mengilhami penulis selain titis guyur yang sempat penulis rakam di tanah yang kerap kali beliau kembali mahupun baru pertama kali disinggahi.

Berpetualangan, kopi dan hujan yang dibancuh dengan keindahan kata-kata ini, boleh dicicip oleh khalayak sama ada bersama teman-teman atau tatkala berada sendiri-sendiri.