Buku

Sateria Gagah

Penulis: Pawana(Rezal Maznan)

ISBN: 9789674300678

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

Semasa menjalankan misi keamanan di bumi Somalia. Tentera Darat Malaysia ( MALBAT ) telah ditugaskan untuk satu operasi menyelamat Anggota U.S. Rangers yang terperangkap bersama-sama juruterbang helikopter Black Hawk. Dengan semangat juang yang tinggi anggota MALBAT meredah hujan peluru demi menyempurnakan misi yang diberi. Anggota-anggota MALBAT telah bertempur demi semangat setia kawan tanpa mengendahkan perbezaan agama, bangsa dan negara untuk keamanan sejagat.

Keringat, darah dan air mata serta ungkapan ‘‘Berpantang maut sebelum ajal’’ tersemat di minda setiap anggota dalam mengharungi lautan gelora, peluru dan dentuman bom. Semangat perjuangan yang kental serta darah pahlawan Melayu yang mengalir dalam diri setiap anggota telah mengukir satu mercu tanda yang menjadi kemegahan anak bangsa dalam lipatan sejarah.