Buku

Sang Kancil dengan Tali Pinggang Hikmat

Penulis: Rahimidin Zahari, Jaafar Taib

ISBN: 9789674600266

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kanak-kanak

Beli Dalam Talian:

Lazada

Sang Kancil telah memperdayakan Harimau sebanyak tiga kali. Kali pertama Kancil menjaga gong Raja Sulaiman yang sebenarnya sarang tebuan. Harimau yang memalu gong tersebut telah menyebabkan tebuan menyengat tubuhnya. Keduanya, Sang Kancil menjadi penjaga seruling Raja Sulaiman dan sekali lagi lidah Harimau tersepit oleh batang buluh kerana ingin meniup seruling tersebut. Dan ketiganya, Kancil memakai tali pinggang hikmat yang sebenarnya merupakan Ular Sawa yang sedang mengorak lingkaran. Sekali lagi Harimau tertipu dengan Sang Kancil.