Buku

Sang Editor & Puntianak Lelaki Terakhir

Penulis: Nimoiz T.Y

ISBN: 9789674602208

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cerpen : Sang Editor & Puntianak Lelaki Terakhir membawa sepersalinan cerpen ke dalam busana sastera glokal. Karya-karya yang dimuatkan dalam buku ini ditenun kemas dengan benang komedi dan jarum satira yang halus. Sesekali digayakan di pentas kontemporari, cerpen-cerpen

dalam kumpulan ini menyerlah ketika peragaan. Penulisnya mempunyai gaya kepengarangan yang tersendiri.

Cerpen-cerpen yang digarap adakalanya bersahaja, tetapi menghantar jarum pesanan yang tepat pada cucukannya. Sesekali pengarangnya begitu tipikal mengoyak rencam sosiopolitik secara sinis tetapi berhikmah. Kekuatan komedi-satira dalam kumpulan ini memperlihatkan kritikan tajam secara penuh simbolik. Wahana deria sensitiviti penulis menjadikan 10 buah cerpen dalam kumpulan ini sarat dengan idealisme.

Beliau berlelucon dalam serius, dan serius dalam lelucon, sekali gus menjadikan kesemua cerpen dalam kumpulan ini mempunyai pengakhiran cerita yang tersendiri. Penulis buku ini ialah salah satu nama pengarang Malaysia dalam barisan cerpenis harapan. Buku ini menjadi bukti kehadiran Nimoiz T.Y dalam podium penulisan cerpen yang tidak boleh diketepikan.