Buku

S.P.I.D.E.R. (Teori Sang Labah-Labah)

Penulis: Nazri Hussein

ISBN: 9789670869223

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

S.P.I.D.E.R. - apakah hanya enam patah huruf yang tidak memberi apa-apa makna atau mungkinkah terkandung segala rahsia dan konspirasi yang tidak terduga? Muhammad Amsyar Naim, wartawan Harian Fajar cuba untuk memahami akronim S.P.I.D.E.R. dibantu oleh Prof. Stewart Abraham yang muncul entah dari mana dan menawarkan bakti tanpa henti.

Mengapakah imej labah-labah yang dipilih sehingga akronim mewakili imej itu terbentuk? Di pentas antarabangsa seperti ada sesuatu organisasi sedang menghunus pisau rahsianya dan bila-bila sahaja mampu menghancurkan mana-mana negara. Apakah organisasi itu dan siapakah yang menjadi dalang angkara? Muhammad Amsyar Naim harus bertindak segera sebelum propagandis, oportunis dan pemikir S.P.I.D.E.R. membunuh langkahnya!