Buku

Rumus Di Hatinya

Penulis: Yoko Ogawa

ISBN: 9789674301163

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel

Beli Dalam Talian:

Lazada

‘Ingatanku hanya untuk 80 minit’. Hanya itu keupayaan ingatan yang tinggal buat Profesor Hakase. Seorang ahli matematik yang pintar, hidup terasing dalam dunianya sendiri. Bagi Hakase, tiada yang indah selain nombor perdana, rumus Matematik dan teori nombor, sehinggalah seorang pembantu rumah hadir bersama anak kecilnya. Bagaimanakah kehidupan Hakase dengan kehadiran mereka? Mampukah pembantu rumah itu menembusi dunia asing Hakase?

Yoko Ogawa, penulis kelahiran Okoyama, Jepun ini telah menghasilkan lebih 20 karya dalam bentuk fiksyen dan bukan fiksyen semenjak 1988. Karya beliau, Hakase No Aishita Sushiki ini pernah memenangi Yomiuri Prize pada 2003, dan difilemkan di Jepun dengan tajuk The Professor’s Beloved Equation pada 2006. Sebagaimana novel ini yang pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, iaitu The Housekeeper and the Professor, karya beliau yang lain juga banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, seperti Perancis, Jerman dan Poland.