Buku

Revolusi Semesta: Strategi Basmi Kejahilan, Bangunkan Ummah dan Bina Tamadun Islam Alaf Baharu

Penulis: Yazid Haji Maarof, Mohamad Kamil Ab Majid

ISBN: 9789674603885

Tahun Terbit: 2018

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Agama, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee Bookcafe

Beli e-Buku:

Google

Revolusi semesta merupakan perancangan dakwah yang praktikal setelah mengkaji beberapa aspek sebelum memulakan sesuatu kerja dan memilih satu cara yang terbaik untuk mencapai matlamat dalam masa tertentu mengikut kemampuan suasana dan keadaannya.

Firman Allah SWT, maksudnya, “Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya tuhannya Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya dan dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” Surah An-Nahl:125.

Dakwah juga seperti pengurusan yang lain memerlukan kepada suatu perancangan yang kemas, teratur dan sistematik. Ini merujuk kepada usaha menyatu dan menjurus kepada semua sumber organisasi yang terhad secara optimum dan pantas untuk mencapai matlamat dakwah.

Perancangan dakwah merupakan proses pemikiran dan membuat keputusan yang matang dan sistematik mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh pendakwah atau sesuatu organisasi dakwah yang berpandukan kepada penilitian dan analisa yang menyeluruh.