Buku

Remaja dan Pembelajaran di Luar Lingkungan Sekolah

Penulis: Rebecca Greene
Penterjemah: Noor Junainah Masjuni, Noraidah Nordin

ISBN: 9789830689081

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Kreatif

Beli Dalam Talian:

Lazada

Beli e-Buku:

Google

Rosha meluangkan masa enam minggu di Kenya. Henry pula menjadi perantis kepada seorang tukang besi manakala Katie belajar di kolej lebih awal. Dante menyertai program mentor. Shanna menetap di sebuah kibbutz.

Sekiranya anda berasa “terkurung” semasa berada di sekolah, maka buku ini memang untuk anda. Buku ini menerangkan pelbagai peluang pembelajaran alternatif, seterusnya menerangkan bagaimana untuk menyertainya, menentukan apa yang sesuai untuk anda, bagaimana membuat persediaan, apa yang perlu dijangkakan, bagaimana untuk mengatasi rintangan (kos, jarak, masa), dan bagaimana untuk memperoleh yang terbaik dengan pilihan anda.

Bahagian 1, “Apa yang Boleh Anda Lakukan di Kawasan Anda” memaparkan pelbagai pengalaman pembelajaran alternatif yang boleh anda cuba sekiranya tinggal bersama keluarga, daripada latihan amali sehinggalah kepada program mentor dan peninjauan kerja.

Bahagian 2, “Apa yang Boleh Anda Lakukan di Luar Kawasan Anda … atau di Tempat yang Sangat Jauh” merungkaikan cabaran pengembaraan dan program belajar di luar negara. Bahagian ini turut menampilkan kisah murid sekolah menengah yang pernah mengikuti dan mengalaminya. Bahagian sumbernya pula menyediakan anda dengan lebih banyak maklumat.

Selain bermaklumat, realistik dan memberikan inspirasi, buku ini juga memaparkan kemungkinan, keberanian mencuba dan peluang untuk mengubah hidup anda.