Buku

Rahimidin, Penyair Sebagai Teman

Penulis: Rosli K. Matari

ISBN: 9789674602833

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Biografi/Memoir

Beli Dalam Talian:

Lazada

Hubungan antara kedua-dua penyair terkemuka, iaitu Rosli K. Matari dan Allahyarham Rahimidin Zahari (RZ) diketahui dalam sejarah kesusasteraan di tanah air sebagai guru-murid. Dalam rentang tempoh sepanjang lapan tahun, 1985–1992, Rosli tekun mengasuh kreativiti RZ bermula dari usia remaja RZ pada 17 tahun sehingga usia mudanya 24 tahun.

Buku ini memuatkan esei “Selamat Berangkat, Muridku” yang cukup menyentuh perasaan, merakamkan kenang-kenangan Rosli sepanjang bersama allahyarham RZ semasa asuhan kreativiti awalnya itu. Turut dimuatkan juga ialah kertas kerja Rosli bertajuk “Apa Saya Ajar RZ?” Yang mendedahkan beliau mengajarkan 17 aspek kreativiti kepengarangan puisi kepada RZ.

Menariknya, kesemua aspek ini ialah pengkaedahan yang belum lazim dalam kreativiti umum penulisan puisi. Koleksi tulisan ini sebagai ingatan dan kenangan beliau pada muridnya yang sangat menusuk dan menyayat hati, jika kita renungi dan hayati secara mendalam. Demikian kasih seorang guru kepada muridnya. Untuk selama-lamanya, Allahyarham RZ akan sentiasa terpahat dalam ingatan dan kenangan kita. Sumbangan dan jasa baktinya kepada bidang kesusasteraan serta kesenian dan kebudayaan tanah air tersangat besar dan tiada ternilai.