Buku

Pustaka Warisan

Penulis: Syukri Sapuan

ISBN: 9789674603106

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Jarang-jarang pengorbanan dan harapan seorang bapa tunggal diangkat sebagai tema utama dalam novel. Tambahan pula, tema tersebut disulamjalinkan dengan konflik jiwa dan impian insan-insan tersayang. Jarang-jarang juga “buku” dijadikan sebagai subjek yang melatari plot penceritaan dari awal hingga akhir cerita. Yang jarang-jarang itulah yang termuat dalam naskhah Pustaka Warisan ini.

Pak Nasir seorang bapa tunggal yang memegang erat amanah arwah isterinya untuk mendidik dan membesarkan kedua-dua orang anak mereka – Muiz dan Hafiz. Dengan pendapatan Pak Nasir sebagai peniaga buku dan majalah di pasar malam yang tidak menentu, Pak Nasir masih mampu membesarkan kedua-dua orang anaknya hingga menara gading. Berbekalkan semangat, keazaman, dan ketabahan, Pak Nasir akhirnya berjaya membuka sebuah kedai buku yang diberi nama Pustaka Warisan.

Namun begitu, apakah pula pengorbanan Muiz dan Hafiz terhadap bapa mereka? Siapakah antara mereka berdua yang rela mengorbankan impian kerjaya mereka demi Pustaka Warisan?