Buku

Posmen dan Bahasa

Penulis: Marjan S

ISBN: 9789670798233

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Posmen sering kali menjadi pahlawan yang tidak didendangkan. Mereka menjadi penyampai marsum yang terkandung hasrat pengirim kepada kekasih mahupun keluarga tercinta. Dengan motosikal merahnya dan deru enjin, mereka menghantar debar kepada penerima pesan. Mereka mengenal alamat dan selok-belok jalanan dengan cita-cita sederhana.

Marjan S merakam ribuan pengalamannya berkhidmat dengan Pos Malaysia Berhad yang menggauli segenap lapisan masyarakat melalui kepingan marsum yang dikirimkan dalam Kumpulan Puisi: Posmen dan Bahasa. Dengan bahasanya, Marjan mengantarakan nubarinya yang mendepani persepsi pro dan kontra masyarakat dalam pekerjaannya.