Buku

Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa dalam Masyarakat Pelbagai Etnik

Penulis: Mohamed Mustafa Ishak

ISBN: 9789670798226

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 50.00 / 55.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Politik

Beli Dalam Talian:

Lazada

Politik pembinaan bangsa sering menjadi persoalan pokok di Malaysia. Sungguhpun negara berjaya mengekalkan tahap kestabilan politik yang tinggi sejak tragedi 1969, dan seterusnya menjana pembangunan ekonomi yang pesat (sekurang-kurangnya sehingga krisis ekonomi Asia dan selepas Pilihan Raya Umum 2008), projek pembinaan bangsa kekal menjadi agenda utama negara yang masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

Buku ini menyingkap proses yang memerlukan ketelitian dalam pembinaan bangsa Malaysia pada era selepas tahun 1970-an, terutama dalam konteks pembinaan wawasan Bangsa Malaysia atau negara Malaysia yang bersatu, yang terpahat dalam Wawasan 2020 cetusan idea Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diperkenalkan pada 1991.

Buku ini membincangkan parameter dasar sosiopolitik yang membentuk dan mempengaruhi politik pembinaan bangsa di negara ini serta pembentukan Bangsa Malaysia. Buku ini ditulis khas untuk memberi perspektif alternatif dalam analisis hubungan etnik dan pembinaan bangsa di Malaysia, seterusnya memperluas pemahaman tentang politik dan masyarakat Malaysia.