Buku

Perlawanan Tetap Perlawanan

Penulis: Nahmar Jamil

ISBN: 9789674304584

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Shopee Lazada

Jarang-jarang sekali khalayak pembaca dihidangkan dengan puisi-puisi yang berunsur protes. Nilai inilah yang cuba disampaikan oleh Nahmar Jamil lewat Kumpulan Puisi Perlawanan Tetap Perlawanan ini. Gaya pengucapannya yang berterus terang, jujur dan berani memberikan kekuatan pada puisi-puisinya ini untuk mengangkat persoalan isu-isu semasa seputar dunia politik dan pemerintahan di dalam dan di luar negara.

Oleh itu, mungkin terdapat kalangan pembaca yang tidak bersetuju dengan pandangan dan arah tuju pemikiran penulis. Namun sebenarnya, inilah cara penulis untuk mencabar emosi dan mengajak khalayak pembaca untuk sama-sama berfikir, khususnya tentang persoalan-persoalan yang berkaitan dengan kepimpinan, keadilan, kebenaran, demokrasi dan sebagainya.

Sewajarnya puisi-puisi beliau dalam buku ini dihalusi maksudnya dengan pemikiran yang tulus dan rasional.