Buku

Perdamaian Palestin Bukanlah Aparteid

Penulis: Jimmy Carter
Penterjemah: Amir Muslim

ISBN: 9789830686707

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum

Beli Dalam Talian:

Dalam buku ini, Presiden Jimmy Carter berkongsi pengetahuan beliau tentang sejarah Asia Barat dan pengalaman peribadi beliau bersama pelakon utama dalam pertelingkahan tersebut. Beliau juga mengutarakan beberapa isu politik sensitif yang cuba dielakkan oleh banyak tokoh di Amerika Syarikat. Secara terus terang, Jimmy Carter menerangkan langkah yang mesti diambil untuk melihat kedua-dua buah negara tersebut sama-sama hidup rukun damai di Tanah Suci tanpa sistem aparteid atau rasa takut kepada keganasan.

Menurut beliau lagi, garis panduan umum bagi perjanjian jangka panjang kedua-dua buah negara sudah pun diketahui ramai. Perdamaian yang bermakna lagi berkekalan buat semua insan di rantau bergolak itu tidak akan menjadi kenyataan selagi Israel mencabuli resolusi utama PBB, dasar Amerika dan “Pelan Damai” antarabangsa dengan menduduki wilayah Arab dan menindas penduduk Palestin. Sempadan Israel pra-1967 mesti dihormati melainkan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengubahnya. Sebagaimana yang dilakukan oleh semua pentadbiran yang lalu sejak Israel ditubuhkan, pucuk pimpinan Amerika Syarikat mesti berada di barisan hadapan dalam usaha mencapai matlamat yang sekian lama tertangguh dalam memeterai perjanjian saksama yang dapat dihormati oleh kedua-dua pihak. Sesungguhnya, Perdamaian Palestin Bukanlah Aparteid adalah sebuah karya yang mencabar, provokatif dan berani.