Buku

Perahu

Penulis: Ramlah Abdul Rasid

ISBN: 9789674302047

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kumpulan puisi: Perahu menghimpunkan sejumlah puisi yang menyerlahkan perasaan keinsafan, renungan dan rasa syukur penyair yang tidak terhinggaterhadap Penciptanya di atas segala nikmat dan kebesaran-Nya yang dikurniakan kepada setiap hamba-Nya.

Di dalamnya terkandung puisi yang memperdalamkan rasa kebersamaan, sulaman kasih sayang sesama insan serta makhluk lain di muka bumi, di samping puisi yang menghamparkan kekaguman terhadap alam yang serba indah. Penyair telah mengangkat segala rasa itu ke dalam puisi berbentuk naratif yang teruji nilainya, dengan gaya pengucapan yang berseni, teka-teki, menarik, indah dan tersendiri yang berjaya menonjolkan nilai estetik serta kepuasan intelektual kepada pembaca.

Justeru, hayatilah puisi yang termuat di sini kerana ia akan membawa pembaca merenung keajaiban dan kebesaran Allah, keunikan manusia dansegala permasalahannya. Sementara dari sisi lain, ia menghadiahkan rangkaian pesanan, kritikan, rakaman rindu, nostalgia dan gugahan perasaan yang menuntut renungan dan tafsiran daripada anda.