Buku

Pengalaman Kreatif: Merangkai Kisah, Merenda Kata

Penulis: Marsli N.O

ISBN: 9789830689739

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Kumpulan Esei

Beli Dalam Talian:

Lazada

Apabila nama Marsli N.O. disebut, banyak orang akan terbayang seorang penulis yang suka marah-marah. Tetapi, apakah itu hakikatnya? Untuk mengenali Marsli N.O. dengan lebih dekat, wacana-wacana dalam buku ini perlu dibaca. Adakah lelaki bernama Marsli ini seorang pemarah? Apakah yang menyebabkan beliau selalu dipandang dari sisi yang sedemikian? Adakah beliau seorang pemarah atau pemberontak di atas pentas dunia penulisan tanah air? Atau, adakah beliau harus memilih untuk menjadi patung wayang kulit yang setiap aksinya ditentukan oleh para dalang?

Selain boleh memberi sedikit kefahaman tentang penulis yang tidak mengerti akan makna kekalahan ini, kita juga boleh menyelak tabir awal beberapa karya beliau. Ilham yang mendatanginya, perkara-perkara yang mempengaruhi penghasilannya, malah keluh-kesah beliau sebagai penulis sebelum sesebuah karya itu terbangun, juga ada dalam buku ini.

Apabila membaca Merangkai Kisah, Merendah Kata ini, kita menyelak satu tabir yang menyembunyikan Marsli; selangkah lebih dekat kepada penulis yang berwajah serius tetapi mempunyai nurani selembut sutera.