Buku

Pembangunan 1960-an: Daripada Kata-Kata Tun Abdul Razak Hussein

Penulis: Abdul Rahman Abdul Aziz

ISBN: 9789674306687

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Umum, Politik

Beli Dalam Talian:

Lazada

Buku ini membincangkan sumbangan Tun Razak dalam pembangunan luar bandar di Malaysia (sebelum ini dikenali Malaya) pada tahun 1960-an. Walaupun Tun Razak banyak menyumbangkan jasa yang lain, terutama selepas tahun 1970, tetapi pembangunan luar bandar ialah commitment dan passion serta sinonim dengan legasi Tun Razak. Oleh itu, objektif utama buku ini adalah untuk menganalisis pemikiran beliau tentang perubahan struktur pentadbiran perkhidmatan awam, terutama yang bersangkutan dengan pembangunan luarbandar, penubuhan institusi-institusi, pelancaran transformasi sosial dan gerak kerja beliau yang bersangkutan dengan pembangunan luar bandar.

Jasa Tun Razak amat besar, terutama kepada kebanyakan individu yang tergolong dalam generasi 1950-an, kerana mereka membesar dalam era pembangunan luar bandar, menginjak naik pada tahap-tahap pendidikan menengah dan tinggi dalam era Dasar Ekonomi Baru, dan kini memegang gelaran dalam pelbagai bidang profesional daripada pelbagai bidang keilmuan.