Buku

Pantai Ini Lautnya Dalam (Suara Nurani Melayu Patani)

Penulis: Abdul Razak Panaemalae

ISBN: 9789674304256

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen, Puisi

Beli Dalam Talian:

Pantai Ini Lautnya Dalam merupakan kumpulan cerpen dan puisi suara nurani Melayu Patani yang hidup sebagai golongan minoriti di bawah penguasaan politik kerajaan Thailand yang beragama rasmikan Buddha. Karya-karya dalam kumpulan ini menjadi menarik kerana datangnya dari sudut pandangan dunia Melayu di luar lingkungan alam kekuasaan sosiopolitik Melayu, iaitu minoriti Melayu terpaksa berjuang untuk mempertahankan bahasa dan budaya Melayu daripada pupus sebagai akibat asimilasi keras yang dilakukan oleh pihak pemerintah.

Suasana kehidupan yang tidak menentu di selatan Thailand juga telah menyumbang kepada penghijrahan dalam kalangan penduduk selatan Thailand ke Malaysia.

Persoalan-persoalan ini diungkapkan dengan sempurna melalui 10 buah cerpen dan 28 buah puisi sehingga pembaca dapat merasakan kesempitan sebenarnya yang dialami oleh mereka.