Buku

Pak Samad di Mata Kami

Penulis: Rahimidin Zahari

ISBN: 9789830688732

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Biografi/Memoir

Beli Dalam Talian:

Bookcafe

Pak Samad: Di Mata Kami yang merupakan himpunan rencana atau penulisan yang berkaitan diri Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said oleh 30 individu berbeza. Ia ditulis berdasarkan pengalaman mereka semasa berurusan secara peribadi dengan beliau, ataupun yang mengikuti susur galur kehidupan Sasterawan Negara tersebut. Buku yang disusun dan disunting oleh Rahimidin Zahari ini merupakan yang pertama seumpamanya pernah diterbitkan di Malaysia. Ia didedikasikan khusus untuk Sasterawan Negara Datuk Dr. A. Samad Said sebagai suatu penghormatan atas sumbangan dan jasa beliau yang banyak memberikan kesan dalam mencorakkan bidang sastera, bahasa, budaya, dan sosiopolitik tanah air. Menariknya, buku ini ditulis oleh mereka yang berlatarbelakangkan pelbagai status; sasterawan, budayawan, pengarah filem, pensyarah, editor, penyanyi dan lain-lain.