Buku

Nyawa di Hujung Pedang (Dwibahasa: Melayu & Korea)

Penulis: Ahmad Murad Nasaruddin

ISBN: 9789830686004

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Sastera Kebangsaan (Bahasa Asing)

Beli Dalam Talian:

Lazada

PADA abad lalu banyak negara di Asia berjuang untuk kemerdekaannya dan Malaysia adalah antara negara tersebut yang terpaksa berjuang membebaskan dirinya daripada cengkaman British, dan seterusnya mengharungi pula keperitan zaman darurat. Mereka yang berjuang tidak terbatas kepada golongan politik semata-mata, tetapi juga termasuk golongan pendidikan, wartawan dan penulis yang menyuarakan penentangan terhadap penindasan politik dan ketidakadilan sosial melalui penulisan.

Walaupun baru setengah abad mengecapi kemerdekaan, negara telah menyaksikan pembangunan pendidikan, ekonomi dan industri yang pesat diikuti perubahan sosial yang besar. Kemajuan dan perubahan pesat ini mengakibatkan disorientasi nilai budaya lama sedangkan nilai dan idea baru semakin deras mengalir masuk melalui proses globalisasi. Semua ini memberikan kesan dan cabaran kepada kehidupan, budaya dan keintelektualan.

Keperitan hidup pada zaman penjajahan yang mundur dan perubahan zaman kemerdekaan tercermin dalam sebahagian besar karya kesusasteraan Melayu. Terjemahan novel, cerpen, puisi, drama (play) dan esei yang diterbitkan dalam Siri Kesusasteraan Malaysia ini menawarkan wawasan (insight) ke dalam kesedaran masyarakat yang bergolak, dan yang berusaha mempersiapkan diri menghadapi cabaran baru yang bersifat global.

Melalui karya terjemahan ini ITBM berharap pembaca akan menemui keindahan dan nilai kemanusiaan sejagat yang menjadi ukuran penting bagi mana-mana karya seni dan melihat bagaimana pengalaman, tanggapan dan pemikiran pengarang tentang budaya digarap melalui cara mereka mengungkapnya melalui karya sastera mereka.