Buku

Merdeka Burung

Penulis: Abizai

ISBN: 9789670869216

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Setulus rohaninya, Abizai ingin menyampaikan makna keindahan puisi yang berintikan hikmah buat seluruh khalayak pembaca. Maka, niat yang ikhlas itu dipermudah Allah SWT dengan kelahiran Kumpulan Puisi: Merdeka Burung ini.

Kekuatan puisi-puisi beliau ditunjangi tendensi nilai-nilai murni yang puitis lagi tersirat-menjadikan kumpulan puisi ini sebagai sebuah karya yang mulus dan suci di hati pembaca. Kematangan penulis menggabungkan unsur alam, kerohanian, dan ketuhanan bisa mengumpan khalayak pembaca untuk menghadamkan bait-bait puisinya menjadi ulaman yang menyuburkan minda.

“Kebebasan bukan semestinya ditentukan oleh ruang dan sempadan. Ada waktunya ketika terkurung, merdeka lebih terasa bermakna. Manakala saat bebas di luar, ada penjara halimunan yang memenjarakan diri. Semoga khalayak dapat berkongsi rasa Si Burung yang bahagia terpenjara…” -ABIZAI-