Buku

Mengapa Sains Penting: Meneroka Sistem Suria

Penulis: John Farndon

ISBN: 9789670892665

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Sains

Beli Dalam Talian:

Lazada

Adakah sains kadangkala kelihatan bosan dan tidak menyeronokkan? Mengapakah kita perlu belajar sains? Buku ini menunjukkan bagaimana sains yang kita pelajari di sekolah penting dalam setiap aspek kehidupan seharian kita. Menggunakan kajian kes dan penyelidikan, buku ini menerangkan perkembangan sains dan teknologi yang dapat memperbaik kehidupan kita - atau membawa kepada cabaran dan kontroversi saintifik yang baharu.

Dalam meneroka sistem suria, kita mempelajari bagaimana bulan mempengaruhi pasang surut, bahawa gerhana matahari dan bulan tidak seperti yang kita fikirkan dan bagaimana matahari mengawal masa. Kita mempelajari bagaimana ahli astronomi menerangkan tentang lokasi, pergerakan dan ciri-ciri bumi juga tentang planet, bulan, bintang dan komet lain. Kita juga melihat imej satelit menakjubkan, iaitu gergasi gas, bagaimana hari bumi berbeza dengan hari angkasa lepas, keadaan cuaca dalam sistem suria dan misi angkasa lepas ke Utarid juga Marikh.