Buku

Mencari Nur

Penulis: Marsli N.O

ISBN: 9789674303402

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Kumpulan Puisi yang memuatkan 60 karya asli Marsli N.O ini memaparkan susuk lain keperibadian kepenyairannya yang memilih untuk mengungkapkan kegelisahan, kesunyian dan kerinduannya dengan kata-kata mudah serta biasa, malah boleh dikatakan tanpa bumbu metafora sama sekali.

Puisi-puisi di dalam kumpulan ini membuktikan betapa Marsli N.O seorang penyair yang sentiasa senang dalam kesendiriannya, namun sekali gus menjadi perindu dan pencari jalan pulang yang tidak pernah sudah.

Sebagai penyair yang sentiasa menyedari hakikat kekerdilan dirinya, Marsli N.O selalu diasak tanya mengenai hakikat kediriannya sendiri dan berusaha mencari jawapan demi jawapan. Walaupun penantian selalunya menyeksakan, namun perjalanan ini tetap diteruskan dengan suatu keyakinan; kerana yang dituju adalah dunia abadi itu.