Buku

Mencabik Mendung di Langit Kelabu

Penulis: Ismi’ Nailofar

ISBN: 9789674306557

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel Remaja

Beli Dalam Talian:

Lazada

Mengisahkan dilema yang dihadapi seorang pelajar tingkatan empat bernama Asmira, sama ada hendak menerima tawaran untuk menjadi ahli sidang editor majalah sekolah daripada Cikgu Mat Nor atau sebaliknya. Dia mendapat tawaran itu setelah Cikgu Mat Nor merampas draf novelnya sewaktu draf itu sedang dibaca oleh juniornya di dalam kelas. Selain dilema yang dihadapinya itu, pada masa yang sama juga perkara-perkara lain juga menuntut perhatian daripada Mira sendiri. Cikgu Mat Nor juga mahu memartabatkan Sastera dan Bahasa Melayu di sekolah yang seratus peratus aliran Sains, kehadiran Mira turut membangkitkan kenangan kisah masa silam beliau dalam diam.

Adakah Mira menerima tawaran Cikgu Mat Nor? Dapatkah Mira memberikan perhatian dan menyelesaikan hal-hal lain yang bergolak di persekitarannya? Berjayakah Cikgu Mat Nor melupakan sekali gus beliau berdamai dengan masa silamnya? Segala-galanya diceritakan dalam novel ini.