Buku

Memori Bukit Pantai

Penulis: Omar Mamat

ISBN: 9789830689227

Tahun Terbit: 2012

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Biografi/Memoir

Beli Dalam Talian:

Lazada

Memori Bukit Pantai terbentuk dalam diri pengarang ketika beliau mula bertugas di Institut Bahasa pada awal 1992. Kembara kerjaya beliau lebih banyak berliku, dan ketika ditawarkan untuk bertugas di sini, beliau bercadang untuk mencatat sesuatu sebagai tanda syukur dimakbulkan niatnya bertugas di sini.

Hampir 20 tahun beliau menghasilkan sisi kerjaya di sana. Tentunya memori ini merakamkan perjalanan hidup yang agak panjang.

Walaupun ia bermula dengan latar awal beliau di daerah kelahiran, menelusuri kehidupan awal, senyum perit gelombang kehidupan disentuh sepintas lalu. Kekaguman beliau kepada Institut Bahasa kerana institut itu melahirkan idola yang membenih dalam dirinya untuk diikuti jejak mereka belajar di institut di puncak bukit ini.

Hasrat tercapai, bukan sahaja sebagai pelajar tetapi akhirnya menjadi tenaga pengajar. Dalam kampus ini tidak seindah mimpi. Pelbagai dugaan, cabaran dan kegusaran yang kadang-kadang mencabar agar dirinya kalah dan berundur.