Buku

Memoir Memanjat Tangga

Penulis: Shaari Mohd Noor

ISBN: 9789674305734

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Biografi/Memoir

Beli Dalam Talian:

Lazada

“Judul Memoir Memanjat Tangga ini secara simboliknya langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan dalam keadaan yang terhenti-henti dan penuh dengan coretan suka duka sepanjang mendaki tembok kerjaya di pentadbiran awam.

”Dari Chica Tinggi sehingga ke Putrajaya, Shaari Mohd. Noor menumpahkan pengalamannya yang penuh rencah rasa ke dalam memoir ini. Bermula di daerah kelahirannya, Shaari mula meniti tangga satu persatu menggapai cita-citanya menjadi Editor, Malayan Civil Service atau lebih dikenali sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik. Dari satu kementerian ke satu kementerian, dia menimba pengalaman dan mendewasakan diri.

Meskipun langkahnya kecil dan perlahan tetapi berakhir dengan manisnyadi puncak jaya. Memori ini turut merakam pengalamannya sepanjang lebih 40 tahun berkhidmat dengan Kerajaan Persekutuan.