Buku

Membaca Makna Sekuntum Hayat

Penulis: Rosnani Ahmad

ISBN: 9789674601935

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Enam puluh lima buah puisi yang termuat dalam Kumpulan Puisi: Membaca Makna Sekuntum Hayat ini menganyam tema dan persoalan yang pelbagai di samping peristiwa yang berlaku seputar kehidupan penulis. Dimulai dengan puisi berjudul “Aku” - yang menggambarkan realiti kehidupannya sedari kecil sebagai seorang anak yatim yang bergelumang dengan kemiskinan, dan disudahi pula dengan puisi berjudul “Temani Daku” - yang menzahirkan perdambaan seorang insan kerdil sepertinya terhadap Tuhan Yang Maha Esa.

Ketelitian penulis dalam memaknakan karya ini untuk disulamjalinkan dengan puisi-puisi yang terdapat dalam naskah ini untuk memperlihatkan kematangan penulis dalam menzahirkan rasa dan jiwanya. Rangkuman puisi yang mulus ini menepis mesej kepura-puraan, demi menyerlahkan “roh” kepuisiannya.