Buku

Memahat Mentari

Penulis: Shirley Idris, AC Jaffrie

ISBN: 9789674602123

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada Shopee

Antologi Puisi: Memahat Mentari ini merupakan percik-percik aksara dalam kesederhanaan kata yang membawa seribu makna pesona pada kedalaman sebuah puisi yang dimaknai oleh gabungan penulis dan penyair daripada tiga buah negara - Malaysia, Indonesia dan Singapura. Minat yang mendalam terhadap sastera mengujakan mereka untuk bergabung menuangkan karya dalam naskhah ini sebagai suatu kelangsungan keakraban kepada seluruh kerabat ziarah karyawan Habib Hussein Al Attas yang diterajui oleh Yassin Salleh. Ziarah karyawan merupakan satu wacana ilmu yang digerakkan sepenuhnya oleh Yassin Salleh bersama beberapa orang sahabat beliau demi memartabatkan dunia sastera merentas peradaban dan seni se-nusantara. Jalinan puisi yang terkandung dalam naskhah ini menggambarkan cita rakaman para penyair daripada pelbagai bidang dan latar belakang yang menyentuh sisi kehidupan, kebangkitan semangat juang, kecintaan, kesembuhan jiwa, kebahagiaan, ketuhanan, manusia dan kemanusiaan. Lantaran itu, nukilan mereka bisa menipiskan beda dan menebalkan ukhuwah kebersamaan melalui silaturahim di samping mendorong imaginasi yang luas untuk dihayati bersama oleh khalayak pembaca. Sastera, telah menyatukan para penyair dalam satu wadah, iaitu ziarah karyawan.