Buku

Memahami Golongan Autisme

Penulis: Ellen Sabin

ISBN: 9789830689494

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Keibubapaan, Pendidikan, Kanak-kanak, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada

Belajar perkara baharu dan mendapatkan rakan baharu

Buat rakan yang dikasihi,

Buku Memahami Golongan Autisme ini akan membantu kamu mempelajari autisme dan beberapa ciri berbeza yang mungkin dimiliki oleh orang yang mengalami autisme.

Kamu akan mendapati bahawa sebagaimana kamu, orang yang mengalami autisme ini mempunyai kemahiran dan cabaran unik yang tersendiri. Juga seperti kamu, mereka mahu diterima dan difahami.

Orang yang mengalami autisme mungkin tidak selalu berkelakuan sama seperti yang kamu jangkakan, tetapi jika kamu mengambil masa untuk memahami mereka, kamu akan mempelajari perkara baharu, malah mendapat kawan baharu.

Ikhlas,
Ellen Sabin