Buku

Mek Mulung: Kesenian Perantaraan Manusia dan Kuasa Ghaib Warisan Kedah Tua

Penulis: Zinitulniza Abdul Kadir

ISBN: 9789674307721

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 110.00 / 125.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Malaysiana, Umum

Beli Dalam Talian:

Lazada

Menyamai sifat kebanyakan teater tradisional Melayu, Mek Mulung sarat pelbagai elemen simbolisme serta aksi dramatik yang kaya estetika tersendiri. Ia asasnya berfungsi untuk tujuan pengubatan dan penghormatan kepada leluhur atau roh nenek moyang beberapa generasi sebelumnya, dengan kepercayaan bahawa amalan itu mampu melindungi pewaris daripada gangguan alam dan kuasa ghaib.

Bagaimanapun, senario mistik kini tidak lagi relevan, sekali gus berisiko membunuh kelangsungan seni persembahan warisan Kedah Tua ini. Persoalannya, wajarkah seni khazanah lama yang mendokumentasikan sebahagian kehidupan empayar Melayu silam ini dibiar hilang dan beransur-asnur pupus? Buku ini cuba memberi keadilan kepada Mek Mulung. Antara kepercayaan supernatural dan estetika persembahan, antara tujuan dan teladan, Mek Mulung hakikatnya adalah sebuah kesenian rakyat untuk rakyat, simbol tamadun budaya masyarakat Kedah Darul Aman, atau disebut hikayatnya, Negeri Cahaya Bulan…