Buku

Mawar yang Hilang

Penulis: Serdar Ozkan

ISBN: 9789830685670

Tahun Terbit: 2011

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Novel, Sastera Dunia (Bahasa Melayu)

Beli Dalam Talian:

Dalam setiap beberapa dekad akan muncul sebuah cerita hebat yang amat menarik dan menambat hati pembaca tanpa mengenal sempadan – seperti Little Prince, karya St. Exupery, Siddharta oleh Hesse, Segull oleh Bach dan Alchemist karangan Coelho. Buku The Missing Rose adalah salah sebuah cerita seumpama itu dan telah mengilhami dan mempesonakan pembaca daripada pelbagai latar budaya di seluruh dunia.

Buku Mawar yang Hilang berkisar tentang Diana, seorang gadis yang terlalu ingin akan perhatian dan puji-pujian orang di sekelilingnya lalu sanggup melepaskan impian dan nilai jati dirinya. Namun, pengakuan ibunya pada saat menghadapi kematian bahawa Diana mempunyai seorang saudara kembar telah membawanya melalui sebuah perjalanan penuh misteri ke sebuah taman bunga mawar yang menakjubkan di Istanbul di mana dia telah dijemput untuk berbicara dengan bunga mawar.