Buku

Matematik Semasa Memasak

Penulis: Cecilia Minden

ISBN: 9789670869445

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 15.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Pendidikan, Matematik

Beli Dalam Talian:

Lazada

Adakah kamu suka memasak? Dengan pelbagai cara untuk mengukur ramuan dan

mengubah suai resipi, memasak ialah cara terbaik untuk berlatih kemahiran matematik kamu.

Bacalah buku ini untuk mengetahui cara menggunakan kemahiran matematik kamu di dapur.
Siri Matematik Dalam Dunia Sebenar: Kesihatan dan Kesejahteraan ini memperkenalkan kepada pembaca beberapa cara matematik dapat membantu mereka membuat pilihan menyihatkan dalam dunia abad ke-21 yang semakin kompleks ini. Judul dalam siri ini ialah:

Bagi mendapatkan panduan pembacaan kamu, lihat catatan yang akan membantu membina kefahaman dan kemahiran yang kamu perlukan pada abad ke-21:

Kamu perlu mempelajari banyak perkara, tetapi kamu juga perlu mempelajari cara untuk belajar. Catatan ini membantu kamu menggunakan pengetahuan yang ada dengan lebih baik dan lebih kreatif.

Kamu bukan sahaja belajar membaca, bahkan mempelajari matematik, sains dan kajian sosial. Kamu juga perlu belajar tentang dunia pekerjaan dan komuniti kamu. Catatan ini menerangkan hal yang berkaitan dengan perniagaan dan wang. Malah catatan ini memberi kamu panduan tentang cara yang dapat membantu diri kamu, komuniti serta dunia.

Catatan ini menerangkan tentang kemahiran yang boleh kamu gunakan sepanjang hidup. Catatan ini juga memberi panduan tentang cara bekerja dengan orang lain, membuat keputusan dan mencapai matlamat hidup.