Buku

Mahagar

Penulis: Norjannah MA

ISBN: 9789674303488

Tahun Terbit: 2019

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Mahagar ialah sebuah nama; rasa kasih yang mengikat dan rasa bersalah yang menjelma. Dalam kumpulan puisi ini terakam pelbagai tema - diri, kehidupan, kemasyarakatan, agama, cinta dan kemanusiaan. Setiap idea dalam puisi ini dikupas begitu baik dengan garapan sederhana tetapi konsisten. Pengarang mengutip pelbagai idea, baik dari dalam ataupun luar diri, untuk dicernakan kepada khalayak. Mahagar ialah luahan pengarang yang ingin bercerita tentang kisah dengan bahasa puitis; ingin merintih dengan seribu gagah; dan ingin mencari cinta yang bertebaran.