Buku

Magis Kota

Penulis: Zainal Rashid Ahmad

ISBN: 9789674601454

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Maka terbukalah gerbang kota, di dalamnya ada sebuah dunia yang berada antara realiti atau mungkin sahaja sepercik magis. Di hulu sungai, si bidan menggendong penuh kasih biawak putih, pemegang nyawa, sedangkan kehadiran biawak putih menimbulkan kontroversi sepanjang tahun. Ada rumpun buluh berbisik-bisik membongkas skandal-skandal dalam negara. Apakah benar yang didengar atau cuma ketakutan seperti hantu jepun dan hantu lif yang menghantui orang ramai? Benar, ini bukan legenda urban, mungkin sahaja satu kisah biasa atau kota yang menyimpan magis di dalam cerita dah rahsianya. Zainal Rashid Ahmad yang mempelopori realisme magis kembali menggetarkan imaginasi pembaca dengan kumpulan cerpen terbarunya dengan memperkenalkan gaya uniknya, magis kota.