Buku

Sakar Mawar (Kumpulan Puisi)

Penulis: Azmi Yusoff

ISBN: 9789674306663

Tahun Terbit: 2014

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

Menghimpunkan 99 buah puisi yang terhasil dari tahun 1977 hingga 2013. Naskhah ini menghidangkan puisi berencam tema, daripada yang bertemakan insan hinggalah yang bertemakan ketuhanan dan patriotik, tidak terkecuali yang bertemakan kemasyarakatan dan kemanusiaan daripada cebis-cebis rasa yang berlaku dalam lingkungan diri sehinggalah ke persekitaran khalayak dunia.

Judul Sakar Mawar dipilih tergantung-gantung begitu. Madu mawar letaknya di tengah kelopak yang berlapis-lapis, manakala daunnya kelat, kelopaknya maung dan rantingnya berduri. Jadi puisi-puisi dalam kumpulan ini mengajak pembaca mencari kemanisan di balik pelbagai rasa yang tidak enak tersebut.