Buku

Remuk Hati Bangsa (Kumpulan Puisi)

Penulis: Norhisham Mustaffa

ISBN: 9789674302573

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 20.00 / 25.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Puisi

Beli Dalam Talian:

Lazada

“Adakalanya sangat terasa bahawa apa yang terungkap lewat tiga ratus halaman novel terasa bagaikan masih tersengkang; dan itu hanya dirasakan puas ketika beralih menterjemahkan emosi dan getar-nubari ke dalam sekadar empat baris puisi.” - Norhisham Mustaffa.

Demikian perasaan apabila puisi dianggap sebagai terjemahan pemikiran paling tuntas, lalu 77 buah puisi yang terkandung di dalam buku ini memberi seribu satu makna dalam mengupas isu semasa dan persoalan-persoalan kecil atau besar yang bergulat dalam diri seorang manusia.

Kumpulan puisi ini mengutarakan pemikiran sejagat yang membawa pelbagai persoalan khususnya tentang kehidupan masyarakat pertengahan.

Turut dirungkai persoalan kehidupan manusia terhadap alam dan hubungannya dengan Tuhan, juga hubungan manusia dengan manusia, seterusnya meyakini tanggungjawab seorang penulis bukan sahaja membawa persoalan kehidupan dalam bentuk kata-kata yang indah, tetapi lebih daripada itu, sebagai satu tanggungjawab seorang muslim - ‘sampaikan walau satu ayat’.