Buku

Kumpulan Cerpen: Siaran Radio Lewat Pagi

Penulis: Haizir Othman

ISBN: 9789670869810

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Dengan mencerap pengalaman bersama seribu satu rencah ragam manusia dan persekitarannya, serta dipertajam dengan akal pembacaannya, minda penulis muda ini mampu menunaskan putik-putik idea yang kreatif dan kritis.

Bersesuaian dengan judul buku kumpulan cerpen ini, Siaran Radio Lewat Pagi, Haizir Othman menitipkan tiga buah cerpen yang berlatarbelakangkan suasana dalam gerabak kereta api, iaitu Kereta Api Bunian, Jerad, dan Siaran Radio Lewat Pagi. Tidak ketinggalan juga, cerpen-cerpen yang lain menyentuh isu-isu masyarakat, sosial, politik, dan seni (sastera) secara kritis tetapi berhemah.

Terpulanglah kepada khalayak pembaca untuk memahami dan mentafsirkan frekuensi Siaran Radio Lewat Pagi ini agar siarannya jelas dan terang serta dapat memberi kesegaran halwa minda.