Buku

Riak Peristiwa

Penulis: Zailiani Taslim

ISBN: 9789674602086

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 20.00 / 20.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan Cereka Sejarah: Riak Peristiwa ini muncul bagi mengisi lompang karya kreatif yang membawa tema patriotik. Kumpulan cereka ini amat sesuai dibaca dan dihayati oleh para remaja bagi mengetahui akan perjalanan sejarah tanah air yang tercinta ini. Sesungguhnya perjuangan mendapatkan kemerdekaan tanah air bukanlah suatu tugas yang alang-alang. Darah dan keringat yang tumpah tidak terkira banyaknya. Onak dan duri yang menghalang perjalanan para pejuang tidak mampu mematahkan para pendekar dan pahlawan nusa. Penjajah yang datang merompak dan menyamun kekayaan bumi tercinta ini ditentang habis-habisan. Inilah yang ingin diangkat oleh Zailiani Taslim lewat tulisan terkininya. Riak Peristiwa muncul untuk menyemarakkan semangati cinta akan watan, khususnya dalam kalangan para remaja.