Buku

Sang Pemberitahu

Penulis: Rafi Harumin

ISBN: 9789674601232

Tahun Terbit: 2016

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

“Kamu perlu berfikir sejauh dua, tiga ataupun lima langkah berbanding tahap yang kamu ada sekarang. Tetaplah ada pembacanya tetapi yang perlu difikirkan lebih, ingatlah di bahu kanan dan kiri yang mencatat setiap apa yang dilakukan. Ingat juga, Yang Maha Besar tidak putus memerhatikan.”

Sang Pemberitahu secara tidak langsung merupakan proses pembelajaran dan eksperimental penulisnya. Setiap cerpen yang termuat dalam buku ini berkisar hal seputar permasalahan kehidupan manusia yang sering kali diberitahu secara lisan mahupun tulisan, namun ia masih mampu memberi dampak yang besar. Setiap cerita, ada kisah yang ingin diberitahu dalam nada bahasa yang sederhana dan kadangkala agak meluap-luap sifatnya.

Buku ini merupakan himpunan 16 buah cerpen yang 10 daripadanya pernah disiarkan di akhbar New Sabah Times dan Utusan Borneo sekitar tahun 2012 sehingga tahun 2013. Manakala enam buah cerpen lagi adalah karya baharu sebagai nilai tambah kepada buku ini.

Sang Pemberitahu, bercerita tentang sesuatu…..