Buku

Rinduku Ke Syurga

Penulis: Md Nizar Parman

ISBN: 9789674307424

Tahun Terbit: 2015

Harga: RM 25.00 / 30.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Cerpen-cerpen yang dihimpunkan dalam kumpulan ini merupakan sebahagian daripada percikan pengalaman penulis sepanjang penglibatan dalam dunia penulisan kreatif. Watak-watak yang diangkat memaparkan rentetan peristiwa latar sosioekonomi dan budaya masyarakat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu. Subjek yang diangkat pula merupakan subjek yang begitu dekat dengan kehidupan masyarakat kita seharian. Sudut pandang seorang pendidik menjadikan cerpen-cerpen yang dihimpunkan dalam kumpulan ini signifikan terhadap penyeluruhan masyarakat yang digulatinya.