Buku

Pemberani

Penulis: Norhisham Mustaffa

ISBN: 9789674300661

Tahun Terbit: 2013

Harga: RM 30.00 / 35.00 (Sabah & Sarawak)

Kategori: Sastera, Cerpen

Beli Dalam Talian:

Kumpulan cerpen Pemberani mengandungi 16 buah cerpen yang mendukung pelbagai tema. Antara tema yang disentuh oleh Norhisham Mustaffa lewat cerpen-cerpen beliau adalah yang berkaitan keagamaan, kasih sayang, politik, kehidupan berumah tangga dan kebejatan moral. Setiap cerpen yang terdapat dalam kumpulan ini ditukangi secara halus dan berseni. Ia dibangunkan dengan gaya penceritaan yang memikat dan penggunaan bahasa yang ampuh. Kemudiannya, cerpen-cerpen ini diakhiri pula oleh pengarangnya dengan penuh keyakinan. Walaupun terdapat beberapa buah cerpen yang agak pendek dan isunya yang agak ringan, namun kebijaksanaan Norhisham Mustaffa dalam membuat sindiran dan pada masa yang sama bijak pula menyembunyikan kesinisannya, menjadikan cerpen-cerpen ini begitu menarik untuk dibaca.